University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
International Conference on Islam in Malay World II (Seminar Antarabangsa Islam di Dunia Melayu)
 
 


 




Total Visits : 42612



  Pengenalan

Pembangunan negara  bukan sahaja  memerlukan  kepakaran  daripada  aspek teknikal dan   ekonomi,  malah   meliputi  bidang   keagamaan   yang   menjadi pemangkin kepada perkembangan intelektual, sekali gus menjana kemajuan negara  sebagai   sebuah negara  Islam  di rantau  ini.   Penyelidikan dalam  bidang Pengajian Islam bukan sahaja perlu  berterusan  dalam menentukan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan, malah perlu dilaksanakan secara mapan untuk menghasilkan output berimpak tinggi sejajar dengan  keperluan ummah dan negara.  
 
Penyelidikan dalam bidang Pengajian Islam perlu diperkasakan dan hasilnya perlu ditonjolkan ke persada  antarabangsa menerusi kajian-kajian berimpak tinggi yang mampu melonjak bidang ini seiring bidang ilmu lain yang kelihatan lebih mudah untuk diterbitkan dalam jurnal-jurnal berskala internasional yang memiliki Impact Factorserta terindeksdi Scopus dan Institute for Scientific Information (ISI).

Menyedari kepentingan itu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Malaysia dan Pasca Sarjana UIN Bandung, Indonesia, buat kali yang ke-2, mengorak langkah untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Islam di Dunia Melayu dengan temanya “Transformasi Penyelidikan Berimpak Tinggi dalam Bidang Pengajian Islam di Alam Melayu". Usaha ini amat bertepatan dengan kedudukan Universiti Malaya sebagai Universiti Penyelidikan ternama di Malaysia. Malah ia juga amat selari dengan usaha kerajaan mencipta momentum untuk menjadi sebuah hab pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.


 
  umconference
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/