University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
 
 


 




Total Visits : 1354



  Keynote Speakers / Pengucap Utama

 

Keynote Speaker for English Language Education / Pengucap Utama untuk Pendidikan Bahasa Inggeris 


 

 Professor Dr. Moses Samuel is currently Senior Research Fellow at the Faculty of Education and Deputy Executive Director (Academic) at the Asia-Europe Institute, University of Malaya.  He was up until his retirement, Professor in the Department of Language and Literacy Education.  His research and teaching interests cover Literacy Development, Language Policies in Education, and TESOL Methodology.  He is on the board of the international journals, Discourse: Studies in the Cultural Politics of Education and Journal of Asia TEFL.

 Profesor Dr. Moses Samuel ialah Felo Penyelidik Kanan di Fakulti Pendidikan dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Akademik) di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya. Sebelum bersara, beliau merupakan Profesor di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi. Bidang kajian dan kepakaran beliau termasuklah Perkembangan Literasi, Polisi Bahasa dalam Pendidikan, dan Metodologi TESOL. Beliau turut menyumbang kepakaran sebagai ahli lembaga editor dalam jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Discourse: Studies in the Cultural Politics of Education dan Journal of Asia TEFL.

 

 

 

 

 

Keynote Speaker for Arabic Language Education/ Pengucap Utama untuk Pendidikan Bahasa Arab

 

                                                               

 

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan is currently appointed as Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni) of Islamic Science University of Malaysia (USIM). Previously, he was a Professor of Arabic Language Education at Sultan Idris Education University, Malaysia. His areas of expertise are Arabic language, methodology of teaching Arabic and Language Testing. He was also a lecturer and Associate Professor at the University of Malaya, Malaysia from 1987 to 2011.  Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan was also Director of the Department of Malaysian Studies at Cairo University, Egypt from January 2007 until June 2011.

From 2003 to 2004, he was involved in training teachers to teach Arabic as a foreign/second language in Singapore which was organized by the Islamic Council of Singapore (MUIS) and Madrasah Al-Junaid, Singapore. He is also the Coordinator for the students’ exchange program for Arabic between his current and former universities and universities in the Middle East such as in Yemen, Oman, United Arab Emirates, Qatar, Saudi Arabia and Egypt.

In 2004, he was appointed by ISESCO, an organization under UNESCO, as an external expert on Arabic curriculum as a foreign language in Jakarta, Indonesia. In 2007, he received a fellowship by the Fulbright Foundation, USA, under the Program called ‘Visiting Fulbright Scholars: An Access to Muslim Worlds’ to deliver lectures to community in Aurora, Denver, USA on Islam and Arabic language.

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia. Bidang kepakaran beliau termasuklah Bahasa Arab, Metodologi Pengajaran Bahasa Arab, dan Pengukuran Bahasa. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah bergelar Profesor Madya di Universiti Malaya dari tahun 1987 hingga 2011. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan turut menjadi Pengarah Jabatan Kajian Malaysia di Universiti Kaherah, Mesir dari Januari 2007 hingga Jun 2011.

Dari tahun 2003 hingga tahun 2004, beliau terlibat dalam usaha melatih guru-guru di Singapura dalam pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua/Asing yang diaturkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Madrasah Al-Junaid, Singapura. Beliau juga merupakan Penyelaras program pertukaran pelajar Bahasa Arab di antara UPSI dan UM dengan universiti-universiti di Timur Tengah seperti Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi dan Mesir.

Pada tahun 2004, beliau dilantik oleh ISESCO, satu organisasi di bawah UNESCO, sebagai pakar luar dalam bidang Kurikulum Bahasa Arab sebagai Bahasa Asing di Jakarta, Indonesia. Pada tahun 2007, beliau dianugerahkan ‘Fellowship’ oleh Fulbright Foundation, Amerika Syarikat di bawah program ‘Visiting Fulbright Scholars: An Access to Muslim Worlds’ untuk menyampaikan syarahan kepada komuniti di Aurora, Denver, Amerika Syarikat mengenai pengajian Islam dan Bahasa Arab.

 

 

 

 

 

 Keynote Speaker for Malay Language Education/ Pengucap Utama untuk Pendidikan Bahasa Melayu



                                                                    http://adminconference.um.edu.my/upload/665-1/dr%20mahzan.jpg

 

 

Professor Dr Mahzan Arshad was born and raised in Johor. He received his early education in Sekolah Menengah Kebangsaan Sarang Buaya, Muar, Sekolah Menengah Semerah Batu Pahat, and later at Sekolah Tinggi Batu Pahat. He received teacher education in the Lembah Pantai Teacher Training College, a Bachelor of Arts from Universiti Sains Malaysia and a doctorate from the University of Pittsburgh, United States of America. He served as a teacher for 10 years in Muar, Johor and Petaling Jaya, Selangor before being appointed as a lecturer in the Faculty of Education, University of Malaya. He was then appointed as Professor of Malay Language Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim where he still serves. His expertise is Malay Language and Literature education. His fields of research are language education, early childhood education, literacy education and Malay literature education. He has published almost 30 books at all levels in Malay Language Education and Literacy, and more than 200 articles in magazines, journals and proceedings in the same field. He was also involved in administration duties at the University of Malaya and presently at UPSI. He now serves as the Dean of the Institute of Postgraduate Studies in UPSI.

 

Profesor Dr. Mahzan Arshad ialah anak kelahiran Segamat Johor, dibesarkan di Muar dan bersekolah di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sarang Buaya, Muar, Sekolah Menengah Semerah Batu Pahat, dan kemudian di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sains Malaysia, Sarjana Pendidikan di Universiti Malaya dan Ijazah Dokotro Falsafah di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat selama 10 tahun sebagai guru di Muar, Johor dan Petaling Jaya, Selangor sebelum berkhidmat  sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Beliau kemudian dilantik sebagai Profesor Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim sehingga sekarang. Kepakaran beliau ialah Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Bidang penyelidikan beliau ialah Pendidikan Bahasa, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Literasi, dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Beliau telah menerbitkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai tahap dalam pendidikan Bahasa Melayu dan Literasi dan juga lebih 200 makalah dalam majalah, jurnal, dan prosiding persidangan dalam bidang yang sama. Beliau juga telah melibatkan diri dalam pentadbiran universiti sejak bertugas di Universiti Malaya dan UPSI. Kini beliau merupakan Dekan Institut Pengajian Siswazah, UPSI. 

 

 

 

 

 

 

 


 
  umconference
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/