University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
 
 

Note:
System upgraded on 10th July 2017.
If you've already registered prior to the upgrade, please login using your existing username and password.
Thank you.


 




Total Hits : 2015
Total Visits : 485



  Panelis

SENARAI PANELIS JEMPUTAN

 

 YBHG. DATin PADUKA DR. DAHLIA BINTI ROSLY

Datin Paduka Dr. Dahlia Binti Rosly telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Malaysia sejak tahun 1982 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam perancangan strategik guna tanah dan juga pembangunan mampan. Beliau adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Beliau adalah ahli EXCO MRT Lembah Klang dari tahun 2011 hingga awal 2016 dan kini telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Penilaian Impak Sosial Malaysia.

 

 

PROFESSOR ULUNG DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN

NCIUP 2017 membawakan kepada anda Professor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, seorang pakar dan profesor Antropologi Sosial yang mempunyai pengalaman mengajar dan penyelidikan dengan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama lebih daripada 30 tahun. Beliau merupakan Pengarah dan Pengasas Institut Pengajian Sesetengah (IKON) untuk tahun 2005-2007 dan juga merupakan Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, dari tahun 2007 sehingga sekarang. Baru-baru ini beliau telah dinobatkan sebagai Profesor Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

 

ENCIK ZULKERNAI FAUZI

Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih di Chow Kit merupakan sekolah yang dibina khas oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2013. Objektif utama penubuhan sekolah ini adalah untuk menyediakan akses pendidikan pendidikan formal yang kondusif untuk kanak-kanak jalanan.  NCIUP 2017 akan membawakan Encik Zulkernai Fauzi yang merupakan Pengetua yang telah bergalang harta, tenaga, masa dan nyawa  bagi memastikan anak-anak jalanan ini tidak terus terpinggir dari arus pendidikan perdana.  

 

 

ENCIK JOHAN ARIFIN MOHD. ROPI

Encik Johan Arifin Mohd. Ropi merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS (Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato'Onn) dan beliau juga merupakan salah seorang Pengasas Kilang Bateri bertempat di Johor, iaitu sebuah pusat membeli-belah yang berkonsepkan hipster yang pertama di Malaysia. Tidak lupa juga, beliau juga salah seorang Pegawai Khas kepada penasihat IRDA daripada Januari 2014 sehingga sekarang.

 

 

ENCIK MOHAMED JAMIL AHMAD 

Encik Mohamed Jamil Ahmad adalah seorang perunding bebas, ahli geografi dan juga merupakan  pakar untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Beliau adalah bekas Naib Presiden Kanan untuk Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA). Disamping itu, beliau juga adalah bekas Pengarah bahagian penyelidikan bagi Jabatan Persekutuan Perancangan Bandar dan Desa di Kuala Lumpur dari April 2002 sehingga April 2009.  

 

 

ENCIK MOHAMAD BIN MOHD KHALID

Encik Mohamad Bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid adalah seorang penulis lakon layar dan pengarah filem di Malaysia. Terkenal dengan filem beliau, Kala Bulan Mengambang (2008), Estet (2010) dan Rock oo! Rimba bara Kembali (2013), beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem beliau yang bertajuk Pinang Durian.


 
  Untitled Document
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/