University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
 
 


 




Total Visits : 47569



  Laman Utama

PERSIDANGAN HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA 2009
6-8 OGOS, 2009
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA

* Berita terbaru: Penerimaan abstrak telah ditutup.
*  Aturcara Program telah dilampirkan di ruangan "Tempat dan Program".
 

Pengenalan

Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia julung-julung kalinya telah diadakan di Universiti Malaya, pada 17-20 Julai, 2007 dengan temanya “50 Tahun Merdeka: Hubungan Malaysia-Indonesia”. Secara umumnya, persidangan tersebut telah berjaya menemukan 300 orang peserta dari Malaysia dan Indonesia dan 70 pembentang kertas kerja dari Universiti Malaya, Universitas Indonesia (Jakarta), Universitas Gadjah Mada (Yogyakarta), Universitas Andalas (Padang), Universitas Padjadjaran (Bandung), Universitas Udayana (Bali) dan Universitas Hasanuddin (Makassar). Ucaptama persidangan pula telah disampaikan oleh Prof. Datuk Abu Bakar Abd. Hamid (Universiti Malaya), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka), Bapak H.M. Rusli (Gabenor Riau) dan Prof. Dr. Dorodjatun Kuntjoro-jakti (Bekas Menteri Ekonomi Indonesia). 

Pada hari terakhir, kata sepakat telah dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua dekan dan wakil-wakil dekan dari semua universiti yang hadir, dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ketika itu, Prof. Mohd. Redzuan Othman, bahawa persidangan akan diteruskan setiap tahun, dengan dimulai oleh Universiti Malaya dan kemudian sebuah univerisiti di Indonesia pula mengambil giliran sebagai hos. Universitas Gadjah Mada telah bersetuju untuk mengadakan persidangan yang berikutnya pada tahun 2008. Bulan Mei, 2008 yang lalu telah berjaya menemukan lebih 200 orang ahli akademik dari Universiti Malaya dan universiti-universiti di Indonesia di Gedung Pascasiswazah, Universitas Gadjah Mada di bawah naugan Prof Mohtar Mas’ud, Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik.
Tahun ini, giliran Universiti Malaya pula menganjurkan persidangan yang tersebut. Seperti pada tahun 2007, persidangan tahun ini akan diadakan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada 6-8 Ogos, 2009.

 Objektif Persidangan

i.   Untuk melanjutkan kerjasama akademik dalam bidang budaya, sastera dan sains sosial di antara Universiti Malaya dan universiti-universiti tersohor di Indonesia
ii.   Mempereratkan hubungan di antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dulu mempunyai hubungan sejarah, sosial, politik dan ekonomi
iii.  Membangun kefahaman dalam aspek sosial dan budaya antara dua negara
iv.   Bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan hubungan Malaysia Indonesia

 
  umconference
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/