University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
Seminar Penyelidikan Kewangan dan Kehartaan Islam 2013
 
   
 

Note:
System upgraded on 10th July 2017.
If you've already registered prior to the upgrade, please login using your existing username and password.
Thank you.


 



Total Visits : 22754



  Pengenalan

Sektor kewangan dan perbankan Islam sudah mencapai fasa kemajuan dan kematangan. Isu dan perbincangan mengenainya sudah maju dan menjadi suatu displin pengajian yang tersendiri. Namun begitu terdapat beberapa isu dasar yang masih menjadi persoalan terutama sejauhmana keberkesanan sektor kewangan Islam dalam menyokong dan memperkasakan ekonomi umat Islam. Perkara ini timbul akibat perkembangan sistem kewangan dan kehartaan Islam yang pantas kerana memenuhi tuntutan perniagaan dan ekonomi semasa yang menyebabkan penyesuaian dilakukan seperti pelaksanaan operasi perbankan/kewangan dan sistem perundangan yang bersifat dualiti. Kesan pelaksanaan ini telah menimbulkan persoalan relevansi kerangka peradigma sistem dan nilai ekonomi yang berbeza dan cabaran kedinamikan dan fleksibiliti fiqh dalam merealisasi sistem kewangan berasaskan Syariah. Terdapat juga beberapa isu yang ketinggalan seperti peranan sosial perbankan Islam serta perkaitan antara kewangan dan pengurusan kehartaan orang-orang Islam. Keadaan ini timbul kerana tumpuan perbincangan sektor kewangan Islam banyak tertumpu kepada pembangunan produk dan penyelesaian masalah semasa. Oleh itu seminar ini bertujuan memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik untuk membentangkan pandangan dan idea mengenai isu-isu yang bersifat fundamental seperti di atas yang berasaskan kepada penyelidikan.

 
  Untitled Document
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/