Abstrak ditulis dengan menggunakan Times Roman, font 12 dan tidak melebihi 300 patah perkataan – ditulis sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
Kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia menggunakan format berikut:
i)Times New Roman, font 12 dan langkau 2 baris (antara 15-20 halaman)
ii)Font size bagi tajuk kertas kerja ialah 14 manakala font size bagai sub-topik ialah 12-Kedua-duanya perlu diboldkan.
iii)Kertas kerja hendaklah menggunakan nota hujung dengan susunan rujukan style Chicago seperti berikut:
1. (Buku)-Cth: Osman Mamat, Darurat Di Terengganu 1948-1960, Kuala Lumpur: DBP, 1981, hlm. 5.
2. Ibid. (Jika hlm. sama dengan di atas)
3. Ibid., hlm. 19 (Jika hlm. tidak sama)
4. (Artikel Jurnal)- Cth: Nordin Hussin, 'Masyarakt Melayu Melaka Semasa Pemerintahan
Belanda', Jurnal Sejarah, No. 13, 2005, hlm. 29.
5. Osman Mamat, Darurat Di Terengganu 1948-1960, hlm. 10. ( buku yang sama seperti no 1)
6. Nordin Hussin, 'Masyarakat Melayu Melaka Semasa Pemerintahan Belanda', hlm. 12. ( Jurnal
yang sama seperti no 4 )
7. (Bab buku)-Cth: Khoo Kay kim, 'Dasar British di Pahang', dalam Norazit Selat (ed), Pahang Sejarah dan Budaya, Pekan: Lembaga Muzium Pahang, 2000, hlm. 40.
11. Khoo Kay kim, 'Dasar British di Pahang', hlm. 3. ( Bab buku yang sama dengan no 7 )
iv) Setiap petikan langsung mahupun tidak langsung daripada sumber-sumber yang
digunakan haruslah dimasukkan rujukannya.
v) Manuskrip lengkap berserta ”soft-copy”, nama penuh, gelaran, bidang pengkhususan,
alamat, e-mel dan nombor telefon hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Bagi pemakalah yang masih belum menghantar kertas kerja lengkap, anda diminta untuk membuat sebanyak 30 salinan untuk diedarkan sewaktu hari pembentangan nanti. Segala kos percetakan ditanggung oleh pemakalah sendiri. Harap maklum.
Sekretariat
Persidangan Antarabangsa Islam Dalam Masyarakat Melayu (PAIMM)