University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
 
 



 



Total Visits : 41736



  Introduction

Generally, it has been accepted that Muslims are united in their creed and worldview, even in their fundamentals of life. However, it cannot be denied that there are divergent schools and tendencies of thoughts amongst Muslims. More often than not, this internal diversity becomes continuous challenges for Muslim scholars and leaders in manifesting the Islamic concept of Tawhid within the human realm. This calls for an up-to-dated reassessment by contemporary Muslim theologians and thinkers so that the harmony of ummah could be preserved.

Department of Islamic Theology and Thought, Academy of Islamic Studies, University of Malaya realises the significance of this need for continuous reassessment. Therefore, the Department takes upon itself a responsibility to organise a Conference on Islamic Thought with a specific theme of “Islamic Perspectives of Intra-Muslim Discourse”, especially in the context of managing the contemporary internal challenges of the diversity of schools and tendencies of Muslim thoughts.

Mostly, intra-Muslim discourses since the earliest period were seen as a harmonious enterprise. On one hand, this explains the diversity of thoughts amongst Muslims, whilst on the other hand, it results in the richness of Islamic intellectual traditions. Some of these traditions remain relevant to this day. It is hoped that this Conference may serve as a platform for researchers to unearth authoritative and original responses from these traditions, mould together with fresh thinking in order to face contemporary challenges.

In the light of comprehensive Islamic view of existence and life, this Conference shall embrace the wide spectrum of themes in Islamic thought. This includes discussion in ‘Aqidah, Sufism, Islamic philosophy, Islamic education, Islamic science, studies on religions etc. From a comparative context, the Conference shall uphold the perspective of mainstream Muslims which is Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah.

 

Pengenalan

Secara umumnya, masyarakat Islam adalah ummah yang satu pada akidah dan pandangan alamnya, bahkan pada dasar kehidupannya walaupun tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai aliran pemikiran di kalangan kaum Muslimin. Kepelbagaian yang bersifat dalaman ini menjadi cabaran berterusan kepada para ulama dan pemerintah Muslim dalam memanifestasikan konsep Tawhid Islam pada tahap insani. Keadaan ini menuntut para pemikir Muslim mengemukakan sudut pandangan yang lebih terperinci agar keharmonian umat Islam dapat terus dipelihara.

Menyedari tuntutan pemikiran ini, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam bercadang untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam dengan tema khusus “Sudut Pandangan Islam tentang Diskusi Sesama Muslim”, khususnya dalam konteks menangani masalah dalaman dan cabaran kepelbagaian aliran pemikiran di kalangan Muslim pada masa kini. Memandangkan ajaran Islam umumnya merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia, maka masalah dalaman dan kepelbagaian pemikiran umat Islam juga menyentuh pelbagai aspek kehidupan jua. Ini menjelaskan kenapa dialog dan diskusi sesama Muslim di lihat subur semenjak awal Islam sehingga kini.

Perkembangan ini, walaupun di satu sudut dilihat sebagai punca lahirnya pelbagai aliran pemikiran dalam Islam, namun di suatu sudut yang lain ia juga turut memperkayakan pelbagai warisan keilmuan dalam Islam khususnya dalam mengemukakan bentuk-bentuk penyelesaian intelektual dan ilmiah bagi masalah semasa dan setempat. Pengalaman dan bentuk penyelesaian ini ada di antaranya yang masih relevan atau sekurang-kurangnya masih boleh dikembangkan selaras dengan tuntutan dan bagi menyelesaikan isu semasa. Seminar ini diharap akan mencungkil dan menghidupkan kembali apa yang masih sesuai dan berdaya-kembang dalam pelbagai tradisi pemikiran Islam untuk dimajukan sebagai suatu penyelesaian yang Islami kepada isu dan masalah semasa umat Islam. Ia juga diharap mampu menampilkan Islam sebagai suatu agama yang mampu maju mendepani pelbagai cabaran pemikiran semasa dan dalam masa yang sama tetap mempertahankan identiti dan kewibawaannya sebagai satu-satunya agama wahyu yang benar dan berdaya-saing.

Justeru, seminar ini akan menyediakan platform kepada para pembentang mengetengahkan apa yang dilihatnya relevan sama ada yang berbentuk pengalaman, pemikiran dan penyelesaian oleh para ilmuwan Islam lampau dalam pelbagai bidang ilmu untuk diketengahkan kepada minda Muslim moden sebagai suatu alternatif yang Islami. Ia akan mencakupi bidang-bidang utama pemikiran Islam seperti Akidah, Tasawuf/ Akhlaq, Falsafah, Kajian Agama, Pemikiran Politik, Kemasyarakatan dan Pendidikan, Sains, Ketamadunan dan kebudayaan dan sebagainya.


 
  Untitled Document
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/