PENGENALAN

Seminar ini berperanan sebagai satu landasan kepada para pengamal dalam bidang undang-undang, kerja sosial dan institusi perkhidmatan sosial lain yang terlibat dalam bidang pengurusan Konsep Keadilan Restoratif di Malaysia berkongsi pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menguruskan klien yang terlibat dalam Konsep Pengadilan Restoratif.

Justeru, input-input yang diperolehi daripada persidangan ini merupakan instrument yang kritikal kepada usaha-usaha untuk mengenalpasti, melakar dan mencadangkan pendekatan dan strategi yang berkesan dalam menyampaikan dan melaksanakan satu Konsep Keadilan Restoratif  yang berkesan kepada anggota masyarakat yang menjadi klien dalam pengadilan ini.

 

OBJEKTIF

  • Mengumpul maklumat berkenaan Konsep Keadilan Restoratif dari perspektif perundangan dan kerja sosial
  • Perbincangan dan pertukaran maklumat bersama wakil daripada perkhidmatan sosial awam, bukan kerajaan (NGO), organisasi sukarela dan pihak-pihak berkepentingan yang lain berkaitan pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam Keadilan Restoratif
  • Mengesyorkan pendekatan dan strategi yang lebih berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan Keadilan Restoratif  kepada klien perkhidmatan