Latar Belakang

Sains merupakan ilmu sejagat yang mempunyai peranan penting dalam pelbagai disiplin dan mengembangkan daya pemikiran manusia. Perkembangan pesat bidang teknologi dan komunikasi dewasa ini kebanyakannya didasari oleh perkembangan ilmu sains. Selaras dengan hasrat untuk memperkembangkan ilmu sains, pihak Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berbesar hati untuk menganjurkan "University of Malaya-Indonesian Universities Symposium 2018 (UMInd 2018)” untuk julung kalinya yang bakal menghimpunkan ahli sains dari pelbagai disiplin, yang merangkumi Universiti Malaya dan beberapa universiti di Indonesia.

Background

Science is a universal knowledge that has an important role in the various disciplines and develops human thinking. The rapid development of technology and communications is largely based on the development of science. In line with the aspiration to develop scientific knowledge, the Faculty of Science, University of Malaya (UM) is pleased to organize the first "University of Indonesia - University of Malaya symposium” to bring scientists from various disciplines, which includes the University of Malaya and some universities in Indonesia.

 

Objektif

  1. Menyediakan  platfom untuk para penyelidik dalam bidang sains bertemu seterusnya mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam penyelidikan sains melalui perkongsian pengalaman penyelidikan dan idea di dalam persekitaran yang kondusif.
  2. Mewujudkan peluang bagi menonjolkan penemuan dan inovasi baharu serta terkini dalam konsep yang boleh diperkembangkan selari dengan tema simposium.
  3. Menggalakkan interaksi dan menjalin kerjasama yang lebih erat antara ahli sains di Malaysia dan Indonesia.

Objective

  1. Providing platform for science researchers thus igniting creativity and innovation in scientific research through sharing of research experiences and ideas in a conducive environment.
  2. Create opportunities to highlight findings, latest innovative discoveries, within the concepts that can be expanded in line with the theme of the symposium.
  3. Promoting interaction and closer cooperation between scientists in Malaysia and Indonesia

 

Organizer

Faculty of Science; University of Malaya

 

 

 

 

 

Co-Organizers

Universitas Negeri Malang

 

 

 

 

Universitas Airlangga